![]() Sumbangan figura ini dalam menyediakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan Undangan Negeri juga tidak boleh dilupakan. Beliau umpama ikan di lautan yang tidak terkesan dek kerana rasa masin air laut. Walaupun berlatarbelakangkan pendidikan dari Barat, pegangan dan ilmu beliau dalam agama Islam amat menebal. Tidak dinafikan, nama beliau sememangnya layak diletakkan sebaris dengan Prof Ahmad Ibrahim dan Prof Dr Mahmud Saedon untuk diingati dalam perjuangan memartabatkan undang-undang dan agama Islam di negara ini. Beliau kembali ke Rahmatullah pada 16 Januari 2021 pada usia 91 tahun. Beliau amat tegas dalam memperjuangkan kebebasan kehakiman ekoran pemecatan beliau sebagai Ketua Hakim Negara pada tahun 1988 yang dikenali sebagai krisis kehakiman. Seorang tokoh yang pernah mewarnai sistem perundangan di negara ini dengan sumbangan-sumbangan ilmu yang tidak ternilai. ![]() ![]() Nama Tun Dr Mohamed Salleh Abas adalah tidak asing dalam dunia undang-undang di Malaysia. BELASUNGKAWA SEORANG TOKOH UNDANG-UNDANG NEGARA
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. ArchivesCategories |